ENEOS ItalSing Pte. Ltd.

ENEOS Oil & Energy Asia (EASIA) ialah pemegang saham utama dan pengeluar produk pelincir dengan ENEOS ItalSing Pte. Ltd. (EIS).

EIS komited untuk menjadi pengeluar kontrak pelincir yang terulung di rantau ini dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti demi mencapai kepuasan pelanggan. Sejak bermula pada tahun 1993, rekod prestasi perkhidmatan EIS yang fleksibel, berkualiti dan penghantaran yang tepat pada masa diminta telah menjadi satu tanda kecemerlangan mereka.

Salah satu faktor utama kejayaan mereka ialah membina hubungan sama menang dengan pelanggan mereka. EIS dilatih untuk memastikan pelanggan mendapat produk dan perkhidmatan berkualiti setiap masa secara konsisten.

Kualiti produk EIS diiktiraf di seluruh Asia Pasifik. Pusat servis sehentian EIS membolehkan pelanggan memberi tumpuan kepada pemasaran, jualan dan mengembangkan perniagaan mereka. EIS akan menguruskan keperluan pembuatan pelanggan mereka.

Dilengkapi dengan kemudahan pengeluaran fleksibel, makmal terkini dan satu pasukan profesional yang terlatih, EIS dapat memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan.